Saturday 29 December 2012

Kaya itu Qanaah

Alkisah ada seorang saudagar yang kaya-raya ingin membeli rumah, lalu dibelinya sebuah rumah. Dicantikkan ia, dengan kebun-kebun beserta air pancut dan penuh dengan bunga yang berwarna warni. Tetapi dia tidak berpuas hati, ingin membina rumah yang lebih mewah. Dibawahnya ada air yang mengalir dan di hadapannya ada bunyi desiran ombak.

Maka dibinanya rumah yang mewah itu. Kemudian saudagar yang kaya berfikir sejenak. Rumah dah beli, paling kurang kenderaan mestilah ferrari.

Maka belilah saudagar tersebut akan sebuah helikopter dan kapal layar, demi memuaskan hati nya yang tak puas-puas dengan kenikmatan ini.

Sehingga ke akhirnya, dia membeli kelab-kelab yang mewah-mewah. Dan mampu membeli seluruh dunia dan seisinya. Tetapi saudagar itu masih tidak puas, sehingga akhirnya dia mati dengan ketidakpuasan yang dikecapi di dunia ini.


                       


                                                 

                                                           ***********************


الدنيا ساعه فاجعلها طاعه والنفس طماعه فعلمها القناعه |

"Dunia ini hanya sementara maka jadikanlah ia taat, dan NAFSU itu tamak maka jaga lah diri kamu dengan sifat qanaah"

Di sebut didalam hadis,

ليس الغِنَى عن كثرة العَرَض، ولكن الغنى غنى النفس

"Bukan dinamakan kaya dengan banyaknya harta, tetapi kayanya seseorang itu adalah dengan kayanya jiwa"(muttafaqun alaih)

Bila beli mutor, rasa nak pakai helmet yang mahal-mahal. Atau nak pakai glove yang harga nya 200 genih. Mungkin juga ada secebis  niat di hati nak pakai superbike. Sehingga niat yang asalnya tersasar.

Asal tujuannya supaya memudahkan pengangkutan untuk bersama para masyaikh azhar, dan juga untuk 'meeting' dan lain-lain yang dirasakan perlu(aku).

Ya, membeli ini tidak salah dan bergantung diatas kemampuan seseorang itu. Mungkin kita menggangap benda itu kecil. Ataupun tiada' significant' kerana kita ini seseorang yang kaya. Tetapi jika hari ini tidak dilatih maka mungkin sifat ini akan berterusan sehingga akhirnya berlarutan ke proses membeli rumah, kereta dan lain-lain. Semuanya ingin kesempurnaan.

Kita tiada qanaah dalam diri, kerana melihat dunia ini kekal selamanya.

Wallahua'lam.