Monday 17 March 2014

Berdebat itu Adalah Dicela

Aku dulu jenis yang kuat berbantah, dan betapa kuatnya aku berbantah menyebabkan aku dimuhasabah pada mesyuarat pertama dilantik sebagai pengerusi. Dan aku akan ingat sampai bila-bila orang yg menegur aku supaya membaiki sikap tersebut.

Beberapa kali selepas belajar dari kesilapan, akhirnya aku mampu mengawal diri aku untuk tidak berdebat melainkan perkara yang penting. Dan aku amat berterima kasih kepada mereka yang membentuk diri aku sehingga ke hari ini.

Benarlah kata motivator terkenal, kita sepatutnya lebih mendengar dan lebih memahami orang lain sebelum kita inginkan orang lain memahami kita.


Berdebat Punca Kerasnya Hati


Di dalam kitab penawar bagi hati ada menyebut, punca berbantah atau berdebat ini ada dua:

1) Meninggikan dirinya dengan menzahirkan kelebihan dirinya(mungkin konteks hari ni boleh digunakan juga untuk meninggikan bangsa, puak, jemaah dan lain-lain).

2) berpunca dari tabiat buruk dirinya yg suka berbahas dan berbantah.

Maka berdebat disini, menjadi salah satu tanda dari tanda tingginya diri. Merasakan dirinya lebih dari orang lain, sehingga memperlekehkan orang lain dan menjatuhkan kredibiliti orang tersebut.

Akhirnya, sikap yang suka berdebat ini menjurus kepada kerasnya hati. Sehingga hidayah Allah SWT itu tidak datang menerpa kepadanya.  Berjalan menongkat dagu setinggi gunung, menghentak kaki menghempas tanah seolah-olah dialah yang paling berilmu dan paling hebat di seantero dunia.

Kesian, mati itu penyedar bagi lamunan sementara.

RasuluLlah SAW bersabda didalam satu hadis,

'Tidak sempurna hakikat iman seorang hamba sehingga dia meninggalkan berbantah-bantah sedangkan dirinya adalah di pihak benar.'

Benarlah juga kata ulama, orang yg belajar ni ada 3 peringkat:

1) peringkat pertama ia merasakan dirinya alim, ujub.

2) peringkat kedua ia menjadikan dirinya tawadhu.

3) peringkat ketiga dia merasakan dirinya tiada pun ilmu.


Penutup

Meninggalkan perdebatan itu adalah satu saranan dari baginda Nabi SAW,

'Barangsiapa yang meninggalkan perdebatan sedangkan dirinya adalah benar nescaya diperbuat baginya rumah pada setinggi-tinggi syurga, dan barangsiapa yang meninggalkan perdebatan sedangkan dirinya salah maka dibina baginya rumah disekeliling syurga.'

Justeru itu, sentiasalah berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan jalan yang betul. Kerana kita tidak sentiasa pasti adakah kita akan dikurniakan hidayah oleh Allah SWT. Dan apakah ini sebenar-benar jalan untuk kita.

Tinggalkanlah perdebatan itu, melainkan ia terlalu penting seperti berkaitan dengan halal atau haram, dosa atau pahala dan kufur atau iman.

اللهم أرنا الحق حقاً وارزقنا إتباعه وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه

"Ya Allah, tunjukkanlah aku kebenaran dan permudahkanlah aku ke jalan tersebut, dan tunjukkanlah ak jalan kesesatan dan hindarilah daku darinya"

Wallahu A'lam

Friday 7 March 2014

Bumi Barakah

‘Benci aku arab mesir ni, perangai cam lahanat.’

‘best giler aku duk mesir ni, boleh pergi melancong kat timur tengah.’

‘Takder mende pun kat mesir , sampah je banyak.’

‘Alhamdulillah, ana suka duk mesir sebab dapat talaqi dan dapat kutip banyak ilmu daripada masyaikh.’

                Ini jawapan yang biasa kita dengar kalau kita bertanyakan kepada sahabat kita berkenaan mesir. Kalaulah soalan ini diajukan kepada aku, nescaya aku sendiri tidak mampu menjawab soalan ini dengan sempurna. Mungkin jawapan yang diberikan kena pada sesetengah orang, mungkin juga jawapan tersebut tidak tepat pada sesetengah orang.

                Beberapa hari lepas, aku menelefon saudara aku yang mengajar di madrasah di Yala. Beliau adalah lepasan pondok tersebut dan berkhidmat disana.

‘Enta tok se kahwen denga perempue mesir ko?’

‘Tok tahu la, tengok pada jodoh. Tok kisoh pun sapo-sapo.’

‘Hurm, mano boleh gitu. Imam Syafie pun nikoh nga oghe mesir. Enta tok dengar ko satu kato-kato,

من لم يتزوج من مصر لم يتزوج قط

                “Sesiapa yg tidak berkahwin dengan perempuan mesir, maka dia tidak pernah(merasai) perkahwinan(yang sebenar)”

                Aku tersenyum sendirian bila teringatkan kata-kata tersebut. Dari mana kata-kata ini tidak pula aku ketahui. Mungkin benar kata-kata ini, bila melihat dari perspektif sejarah, mesir sentiasa menjadi benteng keizzahan umat Islam samada antara yang teramai melahirkan ulama ataupun dari segi kekuatan politiknya.

                Dipendekkan cerita, aku diberi tajuk untuk membuat satu artikel, ‘Mutiara di bumi ardhul kinanah’ untuk dijadikan karya yang akan diletakkan didalam Perubatan online. 


                Mungkin ini adalah sedikit pendahuluan untuk artikel tersebut. 

Saturday 29 December 2012

Kaya itu Qanaah

Alkisah ada seorang saudagar yang kaya-raya ingin membeli rumah, lalu dibelinya sebuah rumah. Dicantikkan ia, dengan kebun-kebun beserta air pancut dan penuh dengan bunga yang berwarna warni. Tetapi dia tidak berpuas hati, ingin membina rumah yang lebih mewah. Dibawahnya ada air yang mengalir dan di hadapannya ada bunyi desiran ombak.

Maka dibinanya rumah yang mewah itu. Kemudian saudagar yang kaya berfikir sejenak. Rumah dah beli, paling kurang kenderaan mestilah ferrari.

Maka belilah saudagar tersebut akan sebuah helikopter dan kapal layar, demi memuaskan hati nya yang tak puas-puas dengan kenikmatan ini.

Sehingga ke akhirnya, dia membeli kelab-kelab yang mewah-mewah. Dan mampu membeli seluruh dunia dan seisinya. Tetapi saudagar itu masih tidak puas, sehingga akhirnya dia mati dengan ketidakpuasan yang dikecapi di dunia ini.


                       


                                                 

                                                           ***********************


الدنيا ساعه فاجعلها طاعه والنفس طماعه فعلمها القناعه |

"Dunia ini hanya sementara maka jadikanlah ia taat, dan NAFSU itu tamak maka jaga lah diri kamu dengan sifat qanaah"

Di sebut didalam hadis,

ليس الغِنَى عن كثرة العَرَض، ولكن الغنى غنى النفس

"Bukan dinamakan kaya dengan banyaknya harta, tetapi kayanya seseorang itu adalah dengan kayanya jiwa"(muttafaqun alaih)

Bila beli mutor, rasa nak pakai helmet yang mahal-mahal. Atau nak pakai glove yang harga nya 200 genih. Mungkin juga ada secebis  niat di hati nak pakai superbike. Sehingga niat yang asalnya tersasar.

Asal tujuannya supaya memudahkan pengangkutan untuk bersama para masyaikh azhar, dan juga untuk 'meeting' dan lain-lain yang dirasakan perlu(aku).

Ya, membeli ini tidak salah dan bergantung diatas kemampuan seseorang itu. Mungkin kita menggangap benda itu kecil. Ataupun tiada' significant' kerana kita ini seseorang yang kaya. Tetapi jika hari ini tidak dilatih maka mungkin sifat ini akan berterusan sehingga akhirnya berlarutan ke proses membeli rumah, kereta dan lain-lain. Semuanya ingin kesempurnaan.

Kita tiada qanaah dalam diri, kerana melihat dunia ini kekal selamanya.

Wallahua'lam.

Saturday 20 October 2012

"genezens: born to cure"


Assalamualaikum Warahmatullahibarakatuh.

Hari ini hari yang gembira.

Gembira bukan sebab menang loteri(haram alaik!), atau gembira sebab aku dapat bunuh 'rampage' didalam DOTA 2.

Dan bukan juga disebabkan Heliza, beliau tiada kena mengena dengan kegembiraan aku pada hari ini. Aku tahu ada sesetengah dari kita kempunan nak bergambar bersama dia, terutamanya ghazi. Maaf ghazi terbuka rahsia kat sini. Haha


Ni lah kru-kru penggambaran. Rasa bangga pula bila Ust Ubaidillah Alias pernah mengajar aku dulu. he3 
             

Sebenarnya point aku pada kali ini bukan nak cerita pasal beliau datang ke Mesir. Aku kisah ke aku tak kisah ke bukan dia kisah kat aku pun, macam bodoh lak kan. Haha

Ok, berbalik kepada tajuk. Antara sebab ak 'happy' hari ini adalah dapat bersama-sama warga 'genezens' didalam program 'Glow With Flow'. Mendengar pengisian forum yang mantap dari Maryam Fatini, Kak Husna dan juga abang Syafie membuka mata kami semua bagaimana untuk melalui hiruk pikuk di tahun 4.

Antara konklusi yang sempat aku catat ketika itu adalah:

1) Tukar sifat reaktif anda kepada proaktif. Doktor sepatutnya lebih proaktif. Hyperaktif tak digalakkan kerana dia akan consume tenaga dengan banyak.

2) Belajar awal-awal lagi, letakkan prioriti mana yang paling penting. Dan juga jangan lupa di samping kita belajar kita juga kena tolong orang lain.

3) Jangan abaikan pelajaran dan lebihkan persatuan!

4) Jangan ponteng kuliah!(hanya MoU)

5) Jaga hubungan dengan Allah Taala.

Dan banyak lagi nasihat-nasihat yang diberikan oleh mereka. Apa yang aku nak 'stresskan' kat sini adalah nasihat dari kak Husna. Beliau cakap, jangan kahwin hanya kerana best tengok orang lain kahwin. Aku tak tahu sapa tanya soalan ni, yang pastinya bukan aku yang tanya.

Dan pujian juga sepatutnya diberikan kepada moderator kerana dapat mengendalikan slot forum dengan lebih baik. Haha

jangan tanya aku tangan sapa ni aku tak kenal.
                               

Ok, antara asbab lain yang aku nak cakap kat sini. Batch genezens ni kadang-kadang aku tengok jurang dia amat jauh. Tak la terlalu amat, tapi boleh dikira kurang rapat.

Mungkin faktor kenegerian, atau tempat tinggal yang berbeza-beza. Mungkin juga kelas yang berbeza-beza.

Tetapi program yang diadakan tadi secara tak langsung merapatkan lagi jurang tersebut.

Didalam program tadi jugaklah boleh tengok celoteh ketua kelas baru Afif Sahlan yang berbakat, tak tahu lak dia boleh ganti Pak Nil.

Dan juga boleh makan masakan yang best-best dari pidot dan juga apai walaupun dua-dua ni hanya penolong tukang masak. Ketua tukang masak lak tak reti sangat pun masak(Azfar sendiri yang kata).

Pointnya adalah, disebabkan program ini lah kita semakin rapat. Tahniah semua kepada ajk pelaksana yang menjayakan program ini dan juga kepada mereka yang menjayakan program ini secara tak langsung.

Apa yang diharapkan pada masa akan datang adalah, program-program batch akan diperbanyakkan lagi untuk mengeratkan lagi hubungan sesama kita. Dan juga moga-moga ukhuwah kita kekal hingga ke syurga. Amin.

مَثَلٌ المُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِم وَتَرَاحُمِهِم وَتَعَاطُفِهِم مَثَلُ الجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرَالجَسَدِ بِالسَّهْرِ وَالحُمَّى



"Perumpamaan diantara orang mukmin yang siling cinta mencintai, sayang menyanyangi, bahu membahungi adalah seperti sebuah jasad. Jika salah satu anggota badannya sakit, maka anggota yang lain akan ikut merasai sakit, dengan tidak mampu tidur dan demam"

Sekian, wallahua'lam.

*kalau ak amik gambar tanpa izin, dan minta ak remove sila bagitahu. :)



  

Sunday 14 October 2012

Lagi-lagi Tertipu


Anda ada seorang sahabat sejati sehidup dan semati. Kononnya. Dan dia mengajak anda dan berjanji untuk bawa anda keluar dan belanja makan.

Dan bila anda keluar makan dengan dia, last-last bukan dia yang belanja anda. Tetapi anda yang kena belanja dia.

Anda tertipu dengan sahabat 'sehidup semati' anda. Ditipu hidup-hidup. Tak kisahlah kalau tokmiyah, tetapi bagaimana kalau chili's yang anda kena belanja. Mesti sakit hati kan???

Anda akan rasa sedih, anda bersumpah anda tidak akan keluar makan dengan dia. Forever and ever..!!(girls??haha)

Dan malam tu possibility yang tinggi anda akan tweet,  mungkin. Paling kurang anda akan post, 'fool me once, shame on you. Fool me twice, shame on me. Untuk memujuk hati kononnya anda tidak ditipu oleh member anda.
                                     


Ye, anda berjanji kepada diri anda bahawa anda tidak akan tertipu lagi. Anda tidak akan sesekali mempercayakannya. Tambahan lagi, sahabat anda telah berkali-kali menipu anda.

Ia adalah benda yang logik, mana mungkin sahabat yang sentiasa menipu kita. Kita masih lagi dapat mempercayainya. At least, kita akan mengambil sikap berhati-hati dengan sahabat yang begini.

Ini adalah satu contoh situasi, mungkin situasi lain boleh berlaku. Pelbagai situasi mungkin boleh berlaku, adalah amat mustahil jika kita tidak pernah ditipu walaupun sekali dalam hidup.

Dan secara teorinya kita susah untuk mempercayai seseorang itu bila kita sudah ditipu. Jikalau berkali-kali kita ditipu, sudah tentu orang akan panggil kita gila. Bodoh bahlul mungkin.

Tetapi, ada satu situasi dimana kita akan sentiasa tertipu. Iaitu ditipu oleh hawa nafsu dan godaan syaitan. Adakah kita bodoh? ataupun gila??

Saturday 13 October 2012

Hari Ini Dalam Sejarah.

Masa sekolah menengah dahulu, aku seorang yang malas untuk menulis. Bukan setakat malas untuk menulis, tetapi malas serba-serbi. Hatta nak ke jamban pun kalau boleh aku nak suruh orang tolong angkat.

Aktiviti masa sekolah dulu aku lebih suka kepada kokurikulum, bersukan seperti main bola dan lain-lain. Tiada langsung minat untuk 'study'. Langsung tiada minat untuk menulis. Bahkan aku membenci untuk menulis seperti mana peminat Real Madrid membenci Barcelona. hahah

ya, itu hakikat. Juga ia satu hakikat bahawa ak sangat membenci Barcelona.

Tetapi hari ini aku menulis. Pagi sabtu yang indah. Pagi sabtu dalam sejarah.
baju hitam tu aku, yang kurang hensem kat sebelah tu member aku. haha