Sunday 14 October 2012

Lagi-lagi Tertipu


Anda ada seorang sahabat sejati sehidup dan semati. Kononnya. Dan dia mengajak anda dan berjanji untuk bawa anda keluar dan belanja makan.

Dan bila anda keluar makan dengan dia, last-last bukan dia yang belanja anda. Tetapi anda yang kena belanja dia.

Anda tertipu dengan sahabat 'sehidup semati' anda. Ditipu hidup-hidup. Tak kisahlah kalau tokmiyah, tetapi bagaimana kalau chili's yang anda kena belanja. Mesti sakit hati kan???

Anda akan rasa sedih, anda bersumpah anda tidak akan keluar makan dengan dia. Forever and ever..!!(girls??haha)

Dan malam tu possibility yang tinggi anda akan tweet,  mungkin. Paling kurang anda akan post, 'fool me once, shame on you. Fool me twice, shame on me. Untuk memujuk hati kononnya anda tidak ditipu oleh member anda.
                                     


Ye, anda berjanji kepada diri anda bahawa anda tidak akan tertipu lagi. Anda tidak akan sesekali mempercayakannya. Tambahan lagi, sahabat anda telah berkali-kali menipu anda.

Ia adalah benda yang logik, mana mungkin sahabat yang sentiasa menipu kita. Kita masih lagi dapat mempercayainya. At least, kita akan mengambil sikap berhati-hati dengan sahabat yang begini.

Ini adalah satu contoh situasi, mungkin situasi lain boleh berlaku. Pelbagai situasi mungkin boleh berlaku, adalah amat mustahil jika kita tidak pernah ditipu walaupun sekali dalam hidup.

Dan secara teorinya kita susah untuk mempercayai seseorang itu bila kita sudah ditipu. Jikalau berkali-kali kita ditipu, sudah tentu orang akan panggil kita gila. Bodoh bahlul mungkin.

Tetapi, ada satu situasi dimana kita akan sentiasa tertipu. Iaitu ditipu oleh hawa nafsu dan godaan syaitan. Adakah kita bodoh? ataupun gila??




Kita Sentiasa Ditipu.

 اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآَخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ 

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (QS. Al Hadid: 20)



Mungkin semalam kita berjanji untuk tidak berzina, atau untuk tidak minum arak. Atau untuk tidak mendedahkan aurat. Kita berazam dengan sedaya upaya dan berjanji untuk tidak akan melakukan maksiat yang sama.

Tetapi akhirnya kita masih tertipu, tertipu oleh bisikan syaitan. Tertipu oleh godaan hawa nafsu. Justeru itu, adakah kita masih lagi bijak? Bahkan boleh dikatakan kita ini seorang yang bodoh kerana berkali-kali ditipu oleh diri sendiri.

                                    

Ya, mungkin kita tak pernah berzina, ataupun meminum arak. Tetapi adakah kita tak pernah melakukan maksiat kepada Allah S.W.T? Hatta dosa yang kecil sekalipun, akan menjadi setinggi gunung jika sering melakukannya.

Perempuan yang cantik kt depan, kita akan ushar ala ttul(tak berhenti). Perempuan yang telanjang, tak berkelip kita tengok. Hisap rokok, mengumpat, derhaka kepada mak bapak. Dan lain-lain lagi. Pelbagai dosa yang kita lakukan. Syaitan tak pernah lelah untuk memeperdayakan kita. Dan kita tak pernah lelah pun untuk menepis setiap tipu daya syaitan.




وَمَا خَلَقْتُ الجِنَّ والأِنْسَ اِلاَ لِيَعْبُدُونَ



"dan tidaklah diciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada aku" (QS.Az-Zariyat:56)

Kita meletakkan dunia di hadapan kita, meletakkan nafsu untuk mengemudi bahtera kehidupan. Sehingga lupa tujuan hidup kita hanya untuk mengabdikan diri kepada Allah Taala.

Dan untuk beribadah kepada Allah S.W.T, tak dapat tidak kita mesti mengenali Allah Taala. Mengenali dengan ilmu. Disinilah menuntut supaya kita belajar, meskipun anda bukan mengambil jurusan pengajian Islam. Anda mengambil jurusan jurutera misalnya, mempelajari dan mengenal Allah S.W.T adalah perkara wajib. Bahkan wajib bagi semua yang mengatakan beriman kepada Allah S.W.T.


Bagaimana untuk tidak tertipu lagi??

Saya masih ingat di dalam satu kelas tafaqquh ketika itu, Syeikh Rohimuddin Hafizahullah 'Alaih memberi sedikit tips untuk melatih diri melawan godaan nafsu dan syaitan.


Yang Pertama.

Bersahabat dengan orang-orang yang soleh. Orang yang soleh sakan menegur kita jika kita melakukan kesalahan, mengajak kearah kebaikan. Dan kita akan segan untuk melakukan perkara yang tak baik di didepan dia(bagitahu sapa yang penah bukak video lucah depan syeikh or hisap rokok depan syeikh ce habaq mai. haha).

Dan lebih-lebih lagi anda mendampingi para Ulama. Setiap perbuatannya, tutur katanya akan mengingatkan anda kepada Rasulullah S.A.W. Bukankah mencintai baginda lebih bermakna dari mencintai orang lain?

                             


Yang kedua.

Mujahadah, Ya, mujahadah adalah syarat mendapat petunjuk. Mujahadah dalam bahasa yang lebih mudah adalah berusaha. Bukan setakat berusaha tetapi berusaha bersungguh-sungguh.

Mujahadah lah dengan istiqamah untk beramal kepada Allah S.W.T. Dan bermujahadahlah untuk tidak melakukan maksiat kepada Allah S.W.T.

والذين جَاهَدُوا فٍينا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَاِنَّ اللَّهَ لَمَعَ المُحْسِنِين


"Dan orang yang berusaha bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, kami akan memimpin mereka ke jalan kami( yang beroleh keredhaan) dan Allah bersama-sama dengan orang yang berbuat kebaikan." (QS Al-Ankabut: 29)

Seperti yang diterangkan di dalam ayat di atas. Martabat ehsan hanya dapat diperolehi melalaui salah satu cara. Iaitu mujahadah melawan hawa nafsu.

Ada beberapa perkara yang boleh kita sama-sama usahakan untuk tidak terjerumus atau untuk melawan hawa nafsu.

1) Jangan pergi ke tempat maksiat, atau tempat yang mungkin anda akan melakukan maksiat. Jangan mencuba.

2) Tangguhkan segala perkara buruk yang anda ingin lakukan.

3) Letak matlamat. Contohnya kalau anda seorang perokok, letak matalamat 3 hari tak nak merokok.  Then, tambah jadi 7 hari. Kemudian sebulan.        


Yang ketiga.

Mengingati Allah S.W.T.

الذين ءامنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلٌوبٌهٌمْ بِذِكْرِ اللَّه الَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمئِنُّ القُلُوب



"orang-orang yang beriman hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang. Ketahuilah, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (QS Ar-Ra'd: 28)
                                   


Tapi aku sentiasa tertipu lagi, bagaimana???

Untuk menjawab soalan tersebut, anda disarankan menonton video Habib Ali Al-Jufri Hafizahullah 'Alaih.


Semoga yang bermanfaat itu sama-sama dapat diambil. Dan moga-moga kita mencapai redha Alla S.W.T. Ameen.




No comments:

Post a Comment

Anda dibenarkan untuk mengkritik, meng'komen' dan lain-lain asalkan selaras dengan norma-norma kehidupan sebagai seorang muslim atau seorang manusia.

Penulis tak akan bertanggungjawab sekiranya anda rasa sakit hati, rasa sedih, rasa nak menangis dan rasa nak sepak orang bila baca post didalam blog ini.