Saturday 20 October 2012

"genezens: born to cure"


Assalamualaikum Warahmatullahibarakatuh.

Hari ini hari yang gembira.

Gembira bukan sebab menang loteri(haram alaik!), atau gembira sebab aku dapat bunuh 'rampage' didalam DOTA 2.

Dan bukan juga disebabkan Heliza, beliau tiada kena mengena dengan kegembiraan aku pada hari ini. Aku tahu ada sesetengah dari kita kempunan nak bergambar bersama dia, terutamanya ghazi. Maaf ghazi terbuka rahsia kat sini. Haha


Ni lah kru-kru penggambaran. Rasa bangga pula bila Ust Ubaidillah Alias pernah mengajar aku dulu. he3 
             

Sebenarnya point aku pada kali ini bukan nak cerita pasal beliau datang ke Mesir. Aku kisah ke aku tak kisah ke bukan dia kisah kat aku pun, macam bodoh lak kan. Haha

Ok, berbalik kepada tajuk. Antara sebab ak 'happy' hari ini adalah dapat bersama-sama warga 'genezens' didalam program 'Glow With Flow'. Mendengar pengisian forum yang mantap dari Maryam Fatini, Kak Husna dan juga abang Syafie membuka mata kami semua bagaimana untuk melalui hiruk pikuk di tahun 4.

Antara konklusi yang sempat aku catat ketika itu adalah:

1) Tukar sifat reaktif anda kepada proaktif. Doktor sepatutnya lebih proaktif. Hyperaktif tak digalakkan kerana dia akan consume tenaga dengan banyak.

2) Belajar awal-awal lagi, letakkan prioriti mana yang paling penting. Dan juga jangan lupa di samping kita belajar kita juga kena tolong orang lain.

3) Jangan abaikan pelajaran dan lebihkan persatuan!

4) Jangan ponteng kuliah!(hanya MoU)

5) Jaga hubungan dengan Allah Taala.

Dan banyak lagi nasihat-nasihat yang diberikan oleh mereka. Apa yang aku nak 'stresskan' kat sini adalah nasihat dari kak Husna. Beliau cakap, jangan kahwin hanya kerana best tengok orang lain kahwin. Aku tak tahu sapa tanya soalan ni, yang pastinya bukan aku yang tanya.

Dan pujian juga sepatutnya diberikan kepada moderator kerana dapat mengendalikan slot forum dengan lebih baik. Haha

jangan tanya aku tangan sapa ni aku tak kenal.
                               

Ok, antara asbab lain yang aku nak cakap kat sini. Batch genezens ni kadang-kadang aku tengok jurang dia amat jauh. Tak la terlalu amat, tapi boleh dikira kurang rapat.

Mungkin faktor kenegerian, atau tempat tinggal yang berbeza-beza. Mungkin juga kelas yang berbeza-beza.

Tetapi program yang diadakan tadi secara tak langsung merapatkan lagi jurang tersebut.

Didalam program tadi jugaklah boleh tengok celoteh ketua kelas baru Afif Sahlan yang berbakat, tak tahu lak dia boleh ganti Pak Nil.

Dan juga boleh makan masakan yang best-best dari pidot dan juga apai walaupun dua-dua ni hanya penolong tukang masak. Ketua tukang masak lak tak reti sangat pun masak(Azfar sendiri yang kata).

Pointnya adalah, disebabkan program ini lah kita semakin rapat. Tahniah semua kepada ajk pelaksana yang menjayakan program ini dan juga kepada mereka yang menjayakan program ini secara tak langsung.

Apa yang diharapkan pada masa akan datang adalah, program-program batch akan diperbanyakkan lagi untuk mengeratkan lagi hubungan sesama kita. Dan juga moga-moga ukhuwah kita kekal hingga ke syurga. Amin.

مَثَلٌ المُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِم وَتَرَاحُمِهِم وَتَعَاطُفِهِم مَثَلُ الجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرَالجَسَدِ بِالسَّهْرِ وَالحُمَّى



"Perumpamaan diantara orang mukmin yang siling cinta mencintai, sayang menyanyangi, bahu membahungi adalah seperti sebuah jasad. Jika salah satu anggota badannya sakit, maka anggota yang lain akan ikut merasai sakit, dengan tidak mampu tidur dan demam"

Sekian, wallahua'lam.

*kalau ak amik gambar tanpa izin, dan minta ak remove sila bagitahu. :)



  

Sunday 14 October 2012

Lagi-lagi Tertipu


Anda ada seorang sahabat sejati sehidup dan semati. Kononnya. Dan dia mengajak anda dan berjanji untuk bawa anda keluar dan belanja makan.

Dan bila anda keluar makan dengan dia, last-last bukan dia yang belanja anda. Tetapi anda yang kena belanja dia.

Anda tertipu dengan sahabat 'sehidup semati' anda. Ditipu hidup-hidup. Tak kisahlah kalau tokmiyah, tetapi bagaimana kalau chili's yang anda kena belanja. Mesti sakit hati kan???

Anda akan rasa sedih, anda bersumpah anda tidak akan keluar makan dengan dia. Forever and ever..!!(girls??haha)

Dan malam tu possibility yang tinggi anda akan tweet,  mungkin. Paling kurang anda akan post, 'fool me once, shame on you. Fool me twice, shame on me. Untuk memujuk hati kononnya anda tidak ditipu oleh member anda.
                                     


Ye, anda berjanji kepada diri anda bahawa anda tidak akan tertipu lagi. Anda tidak akan sesekali mempercayakannya. Tambahan lagi, sahabat anda telah berkali-kali menipu anda.

Ia adalah benda yang logik, mana mungkin sahabat yang sentiasa menipu kita. Kita masih lagi dapat mempercayainya. At least, kita akan mengambil sikap berhati-hati dengan sahabat yang begini.

Ini adalah satu contoh situasi, mungkin situasi lain boleh berlaku. Pelbagai situasi mungkin boleh berlaku, adalah amat mustahil jika kita tidak pernah ditipu walaupun sekali dalam hidup.

Dan secara teorinya kita susah untuk mempercayai seseorang itu bila kita sudah ditipu. Jikalau berkali-kali kita ditipu, sudah tentu orang akan panggil kita gila. Bodoh bahlul mungkin.

Tetapi, ada satu situasi dimana kita akan sentiasa tertipu. Iaitu ditipu oleh hawa nafsu dan godaan syaitan. Adakah kita bodoh? ataupun gila??

Saturday 13 October 2012

Hari Ini Dalam Sejarah.

Masa sekolah menengah dahulu, aku seorang yang malas untuk menulis. Bukan setakat malas untuk menulis, tetapi malas serba-serbi. Hatta nak ke jamban pun kalau boleh aku nak suruh orang tolong angkat.

Aktiviti masa sekolah dulu aku lebih suka kepada kokurikulum, bersukan seperti main bola dan lain-lain. Tiada langsung minat untuk 'study'. Langsung tiada minat untuk menulis. Bahkan aku membenci untuk menulis seperti mana peminat Real Madrid membenci Barcelona. hahah

ya, itu hakikat. Juga ia satu hakikat bahawa ak sangat membenci Barcelona.

Tetapi hari ini aku menulis. Pagi sabtu yang indah. Pagi sabtu dalam sejarah.
baju hitam tu aku, yang kurang hensem kat sebelah tu member aku. haha