Monday 17 March 2014

Berdebat itu Adalah Dicela

Aku dulu jenis yang kuat berbantah, dan betapa kuatnya aku berbantah menyebabkan aku dimuhasabah pada mesyuarat pertama dilantik sebagai pengerusi. Dan aku akan ingat sampai bila-bila orang yg menegur aku supaya membaiki sikap tersebut.

Beberapa kali selepas belajar dari kesilapan, akhirnya aku mampu mengawal diri aku untuk tidak berdebat melainkan perkara yang penting. Dan aku amat berterima kasih kepada mereka yang membentuk diri aku sehingga ke hari ini.

Benarlah kata motivator terkenal, kita sepatutnya lebih mendengar dan lebih memahami orang lain sebelum kita inginkan orang lain memahami kita.


Berdebat Punca Kerasnya Hati


Di dalam kitab penawar bagi hati ada menyebut, punca berbantah atau berdebat ini ada dua:

1) Meninggikan dirinya dengan menzahirkan kelebihan dirinya(mungkin konteks hari ni boleh digunakan juga untuk meninggikan bangsa, puak, jemaah dan lain-lain).

2) berpunca dari tabiat buruk dirinya yg suka berbahas dan berbantah.

Maka berdebat disini, menjadi salah satu tanda dari tanda tingginya diri. Merasakan dirinya lebih dari orang lain, sehingga memperlekehkan orang lain dan menjatuhkan kredibiliti orang tersebut.

Akhirnya, sikap yang suka berdebat ini menjurus kepada kerasnya hati. Sehingga hidayah Allah SWT itu tidak datang menerpa kepadanya.  Berjalan menongkat dagu setinggi gunung, menghentak kaki menghempas tanah seolah-olah dialah yang paling berilmu dan paling hebat di seantero dunia.

Kesian, mati itu penyedar bagi lamunan sementara.

RasuluLlah SAW bersabda didalam satu hadis,

'Tidak sempurna hakikat iman seorang hamba sehingga dia meninggalkan berbantah-bantah sedangkan dirinya adalah di pihak benar.'

Benarlah juga kata ulama, orang yg belajar ni ada 3 peringkat:

1) peringkat pertama ia merasakan dirinya alim, ujub.

2) peringkat kedua ia menjadikan dirinya tawadhu.

3) peringkat ketiga dia merasakan dirinya tiada pun ilmu.


Penutup

Meninggalkan perdebatan itu adalah satu saranan dari baginda Nabi SAW,

'Barangsiapa yang meninggalkan perdebatan sedangkan dirinya adalah benar nescaya diperbuat baginya rumah pada setinggi-tinggi syurga, dan barangsiapa yang meninggalkan perdebatan sedangkan dirinya salah maka dibina baginya rumah disekeliling syurga.'

Justeru itu, sentiasalah berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan jalan yang betul. Kerana kita tidak sentiasa pasti adakah kita akan dikurniakan hidayah oleh Allah SWT. Dan apakah ini sebenar-benar jalan untuk kita.

Tinggalkanlah perdebatan itu, melainkan ia terlalu penting seperti berkaitan dengan halal atau haram, dosa atau pahala dan kufur atau iman.

اللهم أرنا الحق حقاً وارزقنا إتباعه وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه

"Ya Allah, tunjukkanlah aku kebenaran dan permudahkanlah aku ke jalan tersebut, dan tunjukkanlah ak jalan kesesatan dan hindarilah daku darinya"

Wallahu A'lam

1 comment:

Anda dibenarkan untuk mengkritik, meng'komen' dan lain-lain asalkan selaras dengan norma-norma kehidupan sebagai seorang muslim atau seorang manusia.

Penulis tak akan bertanggungjawab sekiranya anda rasa sakit hati, rasa sedih, rasa nak menangis dan rasa nak sepak orang bila baca post didalam blog ini.